Cintai Nabi Tak Bermusim
Berapa ramai dikalangan kita mengaku mencintai Nabi Muhammad
SAW. Bila tiba Rabiulawwal maka berbondong sekalian kita keluar berarak, berselawat beramai-ramai, Mencintai
nabi bukan sekadar kita pergi mendengar
ceramah tentang kisah hidup baginda di masjid atau di surau, kemudian makan
jamuan dan pulang.
.
Mencintai baginda lebih dari sekadar itu.
لَقَدْ كَانَ
لَكُمْ فِي رَسُوْلِ اللهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللهَ
وَالْيَوْمَ اْلآخِرَ وَذَكَرَ اللهَ كَثِيْرًا
“Sesungguhnya
pada diri Rasulullah ada teladan yang baik bagimu, yaitu bagi orang yang
mengharap Allah dan hari akhir serta banyak berdzikir kepada Allah.”
(Al-Ahzab: 21)
Salah satu cara kita mencintai Baginda dengan mencontohi
akhlaknya dan menjadikan ia amalan dalam kehidupan seharian.
Baginda saat ditanyai mengapa sanggup bersusah payah
beribadah sehingga bengkak kakinya, sedangkan baginda maksum dan telah dijamin
syurga. Lalu nabi menjawab ,
“Apakah aku tidak menjadi hamba yang bersyukur?”
Lihat akhlak Nabi terhadap seorang pengemis Yahudi yang
buta. Pengemis itu selalu mencaci dan menghina baginda. Namun begitu, baginda
tetap terus menyantuni dan menyuapakan makanan kepadanya sehinggalah baginda
wafat. Akhirnya barulah pengemis buta itu tahu bahawa orang yang selalu
memberinya makanan itu adalah Nabi Muhammad.
Satu ketika datang seorang Badwi ke masjid lalu membuang air
di dalamnya. Para sahabat yang melihat
perbuatan itu ingin memarahi Badwi tersebut, tetapi sebaliknya Rasulullah menyabarkan
mereka lalu menegur perbuatan Badwi tersebut.
Ketika berdakwah, seringkali baginda diejek, dihina,
dibaling batu dan najis malah sehingga diancam bunuh. Tetapi lihatlah, baginda
tetap sabar dan berterusan melaksanakan dakwah. Pernah ketika berdakwah di
Thaif, baginda dibaling batu sehingga berdarah. Malaikat Jibrail menyatakan
kesanggupan ingin membalas perbuatan penduduk Thaif. Akan tetapi baginda
mendoakan semoga generasi Thaif yang seterusnya menerima seruan dakwahh
baginda.
Ketahuilah,
mencintai Rasulullah merupakan syarat utama untuk mencintai
Allah.
Mencintai Rasulullah kerana baginda sangat mencintai
umatnya.
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment